Kitab Al-Wajiz fii Fiqh Mazhab Al-Imam asy-Syafi’i ini asalnya adalah karya Imam al-Ghazali yang membukukan dan menyimpulkan pendapat-pendapat (atau matan-matan ringkas) fiqh mazhab asy-Syafi’i. Kemudian tampil Imam ar-Rafi’i yang menghurai, menjelas, dan mensyarahkan matan-matan atau teks kesimpulan tersebut ke dalam kitab khas yang besar dengan judul Al-‘Aziz Syarah Al-Wajiz.
Oleh itu kita akan lihat melalui kitab ini, penyusun akan mengemukakan teks Imam al-Ghazali tentang fiqh-fiqh dalam mazhab Asy-Syafi’i, lalu kemudian imam ar-Rafi’i pun menghurai dan menjelaskannya secara terperinci hujah dan dalil-dalil yang melatar-belakangi teks kesimpulan yang menjadi pegangan mazhab Imam asy-Syafi’i yang disimpulkan oleh Imam al-Ghazali tersebut. Selain itu penulis juga turut mengemukakan sekiranya terdapat perbezaan pendapat terhadap satu-satu bab fiqh, kemudian penulis menjelaskan pendapat yang kuat dan menjadi pegangan dalam kalangan mazhab asy-Syafi’i.
0 komentar:
Post a Comment